POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 1:48 AM under










19.4.2009 Shah Alam- Dewan Guhtrie Bukit Jelutong yang serba selesa telah dipilih sebagai lokasi Mesyuarat Agong Pas Kawasan Shah Alam kali ke-22.
YB Dr.Zulkifli telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung tersebut.

Secara keseluruhannya, Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam melahirkan rasa sedikit terkilan dengan suasana dan perjalanan Mesyuarat Agong pada kali ini.

Seorang ajk Dewan muslimat memberikan pandangan peribadi beliau selaku seorang ahli yang veteran, perwakilan mesyuarat agong pada kali ini kelihatan begitu "malas" sehinggakan tiada usul yang telah dikemukakan oleh cawangan-cawangan di bahaskan walaupun satu usul.Kesemua usul telah disepakati oleh kebanyakkan perwakilan untuk dibahaskan di peringkat mesyuarat ajk kawasan.

"Adakah setelah mencapai kemenangan, para perwakilan kita khususnya muslimin seolah-olah kelihatan kekenyangan dengan kemenangan yang setahun jagung.Lantas tidak lagi bersemangat untuk membincangkan usul-usul yang diberi demi survival jemaah Islam"ujarnya kepada wartawan blog.

Perwakilan muslimat dari seksyen 6 juga turut memberikan pendapat yang sama apabila perwakilan juga telah mencadangkan pemilihan 5 jawatan teratas untuk ajk pusat pun diserahkan bulat-bulat kepada perbincangan di dalam mesyuarat peringkat ajk kawasan.

Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam berpendapat perjalanan sebuah Mesyuarat Agong Tahunan merupakan indicator terpenting bagi menunjukkan kematangan ahli khususnya perwakilan Pas Kawasan Shah Alam dalam bermesyuarat dan berhujah tentang usul dan pemilihan calon.


"Sekiranya tiada perbahasan usul ,maka mesyuarat agong ini tidak ubah seperti majlis perasmian biasa sahaja dengan ucapan YB-YB kita..dan kita pun lekas-lekas nak balik setelah merasai sup yang dihidangkan"



"Pemuda juga kelihatan begitu sopan tanpa hujah-hujah yang agresif dan panas kecuali seorang dua yang bangun mempertikaikan keputusan pemilihan calon ajk kawasan yang dibuat seolah-olah mengikut populariti calon dan bukan komitment yang diberi kepada jemaah.."tambahnya lagi.
Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam pada hakikatnya telah bersedia untuk pembentangan usul yang akan dibentangkan oleh wakil muslimat cawangan seksyen 16, Puan Rosnah.Oleh itu tanpa pembentangan usul pada mesyuarat kali ini seolah-olah menutup peluang Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam untuk bersuara.
Insya-Allah, pada mesyuarat Agong di tahun hadapan ,Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam akan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menyuarakan pendapat ahli-ahlinya.








0 comments so far:

Copyright DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SHAH ALAM | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com