POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 8:34 PM under

Artikle ini di ambil daripada blog Ustaz Nik Abduh Nik Mat.Walaupun tajuk agak menyentap jiwa muslimat tetapi penjelasannya cukup mantap dan merungkaikan beberapa persoalan tentang isu semasa yang berlaku di dalam PAS.


KERJA-KERJA BODOH DALAM PAS

Oleh :UStaz Nik Abduh Nik Mat
April 24, 2009 in PAS, istizkariyyah, muzakarah, politik, wa zakkir
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 7:14 PM under
Salam dan marhaban,

Pada 20.4.2009, Husni Abd Halim salah seorang ajk Pemuda Pas Kawasan Shah Alam ditimpa kemalangan jalanraya di seksyen 8 Shah Alam.Difahamkan ketika itu Husni sedang keluar mengambil isteri beliau untuk makan tengahari bersama.Sumber dari keluarga mangsa, Husni telah dilanggar oleh sebuah lori berat di kawasan terbabit.Pemandu lori berkenaan sempat melarikan diri.Husni mengalami keretakan tempurung kepala di bahagian kanan dan sedikit pendarahan dalaman.Keadaan Husni kini dilaporkan stabil dan sudah sedarkan diri walapun masih mengunakan bantuan alat pernafasan.

Siti Hawa iaitu salah seorang ajk Nisa Kawasan Shah Alam melahirkan rasa terharu di atas lawatan dan doa sahabat-sahabiah yang tidak pernah putus sejak suami beliau di masukkan ke unit kecemasan.Hawa mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua dan mengharapkan doa berterusan semoga Husni segera sembuh seperti biasa.Insya-Allah.

Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam turut hadir untuk memberikan sedikit sumbangan peribadi dan sokongan moral kepada Hawa.

Sahabat-sahabiah yang masih ingin mengunjungi saudara Husni boleh menziarahi beliau di wad 3B, tingkat 3, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Hubungi 0197563581 (Puan Hawa)
POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 1:48 AM under










19.4.2009 Shah Alam- Dewan Guhtrie Bukit Jelutong yang serba selesa telah dipilih sebagai lokasi Mesyuarat Agong Pas Kawasan Shah Alam kali ke-22.
YB Dr.Zulkifli telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung tersebut.

Secara keseluruhannya, Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam melahirkan rasa sedikit terkilan dengan suasana dan perjalanan Mesyuarat Agong pada kali ini.

Seorang ajk Dewan muslimat memberikan pandangan peribadi beliau selaku seorang ahli yang veteran, perwakilan mesyuarat agong pada kali ini kelihatan begitu "malas" sehinggakan tiada usul yang telah dikemukakan oleh cawangan-cawangan di bahaskan walaupun satu usul.Kesemua usul telah disepakati oleh kebanyakkan perwakilan untuk dibahaskan di peringkat mesyuarat ajk kawasan.

"Adakah setelah mencapai kemenangan, para perwakilan kita khususnya muslimin seolah-olah kelihatan kekenyangan dengan kemenangan yang setahun jagung.Lantas tidak lagi bersemangat untuk membincangkan usul-usul yang diberi demi survival jemaah Islam"ujarnya kepada wartawan blog.

Perwakilan muslimat dari seksyen 6 juga turut memberikan pendapat yang sama apabila perwakilan juga telah mencadangkan pemilihan 5 jawatan teratas untuk ajk pusat pun diserahkan bulat-bulat kepada perbincangan di dalam mesyuarat peringkat ajk kawasan.

Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam berpendapat perjalanan sebuah Mesyuarat Agong Tahunan merupakan indicator terpenting bagi menunjukkan kematangan ahli khususnya perwakilan Pas Kawasan Shah Alam dalam bermesyuarat dan berhujah tentang usul dan pemilihan calon.


"Sekiranya tiada perbahasan usul ,maka mesyuarat agong ini tidak ubah seperti majlis perasmian biasa sahaja dengan ucapan YB-YB kita..dan kita pun lekas-lekas nak balik setelah merasai sup yang dihidangkan"



"Pemuda juga kelihatan begitu sopan tanpa hujah-hujah yang agresif dan panas kecuali seorang dua yang bangun mempertikaikan keputusan pemilihan calon ajk kawasan yang dibuat seolah-olah mengikut populariti calon dan bukan komitment yang diberi kepada jemaah.."tambahnya lagi.
Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam pada hakikatnya telah bersedia untuk pembentangan usul yang akan dibentangkan oleh wakil muslimat cawangan seksyen 16, Puan Rosnah.Oleh itu tanpa pembentangan usul pada mesyuarat kali ini seolah-olah menutup peluang Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam untuk bersuara.
Insya-Allah, pada mesyuarat Agong di tahun hadapan ,Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam akan mengambil tindakan yang lebih proaktif dalam menyuarakan pendapat ahli-ahlinya.








POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 1:19 AM under
12 April 2009 Shah Alam- Pemilihan barisan saf kepimpinan Dewan Muslimat Pas Shah Alam pada kali ke -22 memperlihatkan gabungan di antara kepimpinan berpengalaman yang sedia ada dengan bakat-bakat kepimpinan yang baru.
Puan Zarina Dzulkipli telah diberi kepercayaan dan mandat daripada perwakilan dan ahli untuk menerajui Dewan Muslimat Kawasan Shah Alam untuk penggal kali ini sebagai Ketua Muslimat Pas Kawasan Shah Alam.
Organisasi Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Shah Alam seterusnya adalah seperti berikut:
Ketua Muslimat/Ketua LPO : Puan Zarina Dzulkipli
Timbalan Ketua Muslimat: Ustazah Faridah Korib
Naib Ketua Muslimat : Puan Azlinda Abu Hanifah
Setiausaha : akan di lantik
Bendahari /Ketua LEK : Puan Rahilah Arshat
Ketua Penerangan : Puan Nurhidayaty Nordin
Ketua LKK :Puan Azlinda Abu Hanifah
Ketua LTK : Ustazah Normas Mosman
Ketua LEK : Puan Rokiah
Ketua LPN : Puan Hajah Rohani
Ketua Halwa/Nisa : Saudari Arina Bt Abdul Majid
Barisan kepimpinan Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam beriltizam untuk membuat perubahan terhadap pergerakan Dewan Muslimat Shah Alam yang sering dilabelkan sebagai lesu dan tidak bermaya.
Insya -Allah, takbir!!!
POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 2:16 AM under
Salam dan Marhaban,

Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung blog kami.

Blog ini dibina bertujuan untuk menyediakan maklumat semasa dan aktiviti Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam

Copyright DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SHAH ALAM | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com