POSTED BY Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam on 1:19 AM under
12 April 2009 Shah Alam- Pemilihan barisan saf kepimpinan Dewan Muslimat Pas Shah Alam pada kali ke -22 memperlihatkan gabungan di antara kepimpinan berpengalaman yang sedia ada dengan bakat-bakat kepimpinan yang baru.
Puan Zarina Dzulkipli telah diberi kepercayaan dan mandat daripada perwakilan dan ahli untuk menerajui Dewan Muslimat Kawasan Shah Alam untuk penggal kali ini sebagai Ketua Muslimat Pas Kawasan Shah Alam.
Organisasi Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Shah Alam seterusnya adalah seperti berikut:
Ketua Muslimat/Ketua LPO : Puan Zarina Dzulkipli
Timbalan Ketua Muslimat: Ustazah Faridah Korib
Naib Ketua Muslimat : Puan Azlinda Abu Hanifah
Setiausaha : akan di lantik
Bendahari /Ketua LEK : Puan Rahilah Arshat
Ketua Penerangan : Puan Nurhidayaty Nordin
Ketua LKK :Puan Azlinda Abu Hanifah
Ketua LTK : Ustazah Normas Mosman
Ketua LEK : Puan Rokiah
Ketua LPN : Puan Hajah Rohani
Ketua Halwa/Nisa : Saudari Arina Bt Abdul Majid
Barisan kepimpinan Dewan Muslimat Pas Kawasan Shah Alam beriltizam untuk membuat perubahan terhadap pergerakan Dewan Muslimat Shah Alam yang sering dilabelkan sebagai lesu dan tidak bermaya.
Insya -Allah, takbir!!!
1 comments so far:
    Umar April 21, 2009 at 8:47 PM , said...

    Tahniah pada Saf Pimpinan DMPKSA yang baru. Tahniah juga dengan kelahiran Blog ini. Saya yakin InsyaALLAH pasukan baru ini akan lakukan sebaik mungkin melaksanakan amanah yang diberikan. Ternyata perwakilan Dewan Muslimat bijak memilih pemimpin dan memilih mereka yang rajin bekerja sebagai Saf Pimpinan.

    Muhammad Al-Fateh menawan Kota Konstaninopel setelah 1000 tahun Rasulullah s.a.w. menyebutkan "Konstantinopel akan ditawan oleh Pemimpin yang baik, Tentera yang baik dan Rakyat". Ramai yang mencuba utk menawan Konstantinopel sebelum itu tapi rupa2nya Sultan Muhammad yang dididik semenjak umur 5 tahun dengan Ilmu Agama dan Taktik Peperangan dan tidak pernah meninggalkan solah tahajud semenjak usia akil baligh yang Nabi Muhammad s.a.w. maksudkan dan berjaya menawan Kontanstinopel!

    Seorang Muslimat di Gaza pernah menyebutkan. Tugas saya adalah melahirkan dan mendidik pejuang2 Islam yang berani syahid untuk Agamanya.

    Muslimat yang dirahmatilah ALLAH, lahirkanlah dan didiklah anak2 yang dikurniakan ALLAH semua menjadi pejuang2 Islam yang akan memimpin Negara kita di masa depan dan akan memartabatkan Islam di Negara kita dan melaksanakan hukum2 berdasarkan Al- Quran dan Hadith! Pastikan mereka mahir dengan AlQuran dan Ilmu Al Quran Pastikan mereka fasih berbahasa Arab, Inggeris, Cina, Tamil selain bahasa ibunda. Hantar mereka mempelajar seni mempertahankan diri supaya mereka mempunyai keyakinan diri.

    Bawa mereka ke Program Jemaah dan biasakan mereka dengan suasana sederhana serta latih mereka menjadi petugas Parti dan Jemaah semenjak dari kecil lagi. Mari kita sama2 bawa anak-anak kita ke Markas dan ke Program2 Parti supaya mereka biasa mendengar tentang perjuangan Islam semenjak kecil dan supaya mereka tidak kekok melakukan apa jua kerja untuk Islam.

    Saya selalu tersenyum dan senang hati melihat Muslimat dan sahabat2 membawa anak2 yang masih kecil ke Mesyuarat2 dan Program2 PAS. Saya suka melihat anak2 kecil ini dibiasakan oleh Ibu mereka berbaring di atas lantai Markas atau Pjbt PAS. Hati kecil saya mengatakan inilah bakal pejuang2 Islam yang akan menjadi pendokong Jemaah Islam yang lebih baik dari kita.

    Malangnya belum ramai lagi bilangan mereka yang dilatih semenjak kecil begitu. Masih ramai yang "sayangkan" anak dan mahu sentiasa pastikan anak mereka sentiasa dalam suasana selesa dan berhawa dingin di rumah. Keluarkanlah anak2 kita dari rumah kita yang selesa itu dan bawa mereka kepada Jemaah Islam semenjak kecil, kerana kita khuatir jika bila sudah dewasa baru kita mau menyuruh mereka membuat kerja2 utk Islam, pada waktu itu mereka mungkin sudah kekok dan tak memahami perjuangan Islam yang suci ini.

    Kita mungkin tidak dapat melihat Islam memerintah Negara ini di usia kita, kerana terlalu ramai di antara kita dan kita sendiri kadang2 leka dan lebih suka berada dan beristirehat di rumah.

    Marilah kita sama2 berazam untuk mendidik dan melatih anak2 kita semua semenjak kecil lagi supaya mereka menjadi Pejuang2 Islam yang jauh lebih baik dari kita semua, supaya kita dapat memastikan (kalau tidak di zaman kita) sekurang2nya di zaman anak2 kita nanti Islam yang akan memerintah dan bukan diperintah! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

     

Copyright DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SHAH ALAM | Using the GreenTech Theme | Bloggerized by Falcon Hive.com